AGENT MYHOMELAB : SHAMPOO SANTAN & WONDER HAIR OIL




YURAN PENDAFTARAN : RM190 
10 BOTOL SHAMPOO SANTAN (RM29)
 **Sehingga Stok Masih Ada** 

ATAU 
YURAN PENDAFTARAN 
RM240
10 BOTOL SHAMPOO SANTAN (RM35)

APA YANG ANDA DAPAT!!!

KEUNTUNGAN : RM10/BOTOL

√ Ebook lengkap mengenai produk
√ Selain Ebook, latihan dalam bentuk video mengenai produk
√ Produk berdaftar dengan KKM
√ Sentiasa disogok dengan info dan ilmu mengenai produk dan bahan2 natural
√ Training dan direct coaching dari founder dan HQ
√ Kelas dan seminar tajaan HQ
√ Group support FB, whatsap dan telegram
√ Reward material macam emas, cash, handbag, kereta, laptop, barang2 berjenama dan lain2.
√ Reward percutian, reward umrah
√ Kemudahan marketing dari HQ seperti liputan akbar, liputan TV, billboard (soon)
√ Majlis pengiktiran dan dinner (soon december)
Ok ni yang disediakan oleh HQ, untuk Leader dan Stokis bolehlah tambah lagi macam:
√ Group support Team
√ Reward dari Stokis/ Leader
√ Coaching khas untuk team
√ Ayat2 copywriting dan iklan (untuk newbies)



BERMINAT
0192668244 (CIK SHIMA)

HEALING PROCESS






Release, Relax, Revive, Renew


Apabila kita pakai produk baru yang natural/semulajadi,contohnya makanan, minuman, atau skincare, terdapat 4 proses yang akan berlaku :

1. Release (Singkir)
Satu proses pembuangan toksin @ bahan kimia. Tempohnya bergantung pada individu.

2. Relax (Rehat)
Organ atau kulit akan berehat, back to normal, setelah bekerja keras sewaktu proses penyingkiran.

3. Revive (Pulih)
Baik pulih sel2 yang telah rosak akan berlaku. Dalam & luaran.

4. Renew (Ganti)
Sel-sel yg telah dibaiki akan diganti dengan sel-sel kulit baru.

Seandainya kita tukar produk, tapi tak ada perubahan yang berlaku dalam waktu terdekat atau makin teruk, itu NORMAL. 

Paling kurang mesti ambil masa 4 bulan untuk lengkapkan semua proses di atas.Kenapa?Sebab kitaran proses sel kulit baru adalah dalam tempoh 28 hari sekali. So untuk kulit sihat dengan tempoh pantas atau serta merta adalah mustahil. Tapi pastikan sentiasa rujuk pada consultant anda.

Jgn terus bertukar produk lain. Jika berhenti di bulan ke 2 bermaksud baru habis proses relax. Tak sempat pulih dan renew lagi. So, dia akan dapat kulit yang normal sahaja, hanya toksik sahaja tak ada kat kulit kita tapi tak sempat pulih dan ganti baru, proses belum complete sebenarnya.

Kesimpulannya, konsisten dan yakin dan sabarrrr especially apabila menggunakan produk yg berasaskan bahan aktif botani dan bebas daripada sebarang kimia merbahaya. lnsyaAllah masalah anda mampu dirawat.

Dan ingat dalam proses merawat kulit tiada istilah PEELING ATAU PENGELUPASAN.
Jika produk yang dipakai mengalami proses tersebut, berhenti dengan segera kerana lapisan kulit anda sedang dihakis.



KOREA MAY : DAY 3 - ABAI VILLAGE & SEOUL

Salah satu perkampungan yang glamour di Sokcho ialah Abai Village. Abai Village ini dijadikan tempat shooting untuk beberapa drama popular Korea , antaranya ialah Autumn in My Heart.Jadi, ia adalah salah satu tempat tarikan yang wajib pergi di Sokcho.

Masa di tourist Centre, kami ada tanya macam mana nak pergi ke Abai Village, dia suggest amik cab, sebab kalau jalan jauh. Okay.

Semasa di Sokcho Beach, kami ternampak signboard 1.4km ke Abai Village dari pantai. Dari nak patah balik ke tempat teksi, lebih baik kami terus jer jalan, sebab rasa jarak pun sama ja. Okay ..so, kami ikut anak panah yang terdapat di pantai. Sepanjang perjalanan, kami melalui satu penempatan nak kata taman pun tak, kampung tak, tapi bentuk rumah kat sini pelbagai. Jalan dan terus jalan, dan sampai satu masa, kami dah penat. Hahaha..rupanya bukan 1.4km, memang lebih. Dalam hati, rasa menyesal pulak tak naik teksi.


Berjalan Melalui Penemapatan Korea Menuju ke Abai Village

Mural Yang Dilukis Di Dinding Rumah





Dan akhirnya kami sampai di hujung, tu dia, bot tarik yang dicari tak nampak. Yang kami nampak adalah lift dan jambatan merah. Di seberang sungai, ternampak satu kampung dan orang pun ramai.

Agak-agak jauh dak kami berjalan


Dari jambatan di atas,  Abai Village di seberang sungai. so, mau tak mau kami kena naik lift dan cross melalui jambatan merah. Mak Aii, jalan lagi. Masing-masing dah keletihan, dan akhirnya sampai juga, kat bawah jambatan tu, baru nampak bot tarik. Dan diseberang jalan, adalah  Abai Village atau Abai Maeul (ikut yang nampak pada signboard). Memandangkan masa sudah petang dan masing-masing dah keletihan, kami amik keputusan untuk terus balik ke Guest House, amik bag dan terus bertolak ke Seoul.Nak mengelakkan masa tiba di Seoul lewat malam. Memang sayang kan, bila dah sampai tapi tak berkesempatan.


Adalah sikit kenangan poster kat atas tu



Moral of story, untuk ke Abai Village dari Sokcho Beach, jangan sesekali ikut anak panah di pantai, lebih baik amik cab (kecuali jika anda memang ada banyak stamina dan masa di sana).

Nak balik ke guest house, kami kena naik bot tarik. Masa kami naik, ada jugalah 2 orag ahjuma naik. Rupa-rupanya, naik bot, kena tarik. Disebabkan penat dan x leh fokus, kami terlupa nak tarik lagipun alat untuk tarik tu ada 3 ja..memang tak cukup. Sedang dok asyik keliling, tetiba terdengar orang bagi salam..pelik gak..rupanya di seberang sana ada ahjusi melambai kami.

"Assalamualaikum". Mula-mula kami blur, tercari-cari dan pelik. Nampaklah ahjusi ni, nak jawab salam, confuse muslim ker idak.

Lagi sekali ahjusi ni jerit.
  "Assalamualaikum.I'm Muslim".  Ha, baru kali ni kami respon, lambai -lambai kat ahjusi ni.

Seronok dia tengok kami, siap ambil gambar kami dari jauh lagi.
Ataih bot tarik



Ahjuma turut menarik bot

Sampai di Guest House, kami solat dulu di ruangan lobi, ambil bag dan terus ke Sokcho Express Terminal. Kebetulan, bila kami sampai , bas dah ada dan siap sedia untuk bertolak.

Sayonara Sokcho. Next time kami datang lagi.







TIPS RAMBUT : MENGHILANGKAN KUTU PADA RAMBUT ANAK ANDA


Apabila anak berada di alam nursery, tadika atau sekolah rendah, satu masalah yang sering dihidapai ialah rambut anak ada kutu. Datang dari mana? Selalunya berjangkit dari kawanlah. Dan jika dibiarkan, jenuh digaru, Sian anak-anak.

Dulu Cik Shima kecik-kecik, arwah pernah bgtau, jaga rambut elok-elok, meh nak cari kutu. Kalau tak bagi, nanti malam, kutu-kutu akan usung bawa pi laut. Hahahahaha, punyalah takut , serah ja kepala kat arwah mak. Macam-macam dibuatnya, sisir rambut ,ataupun diletaknya santan kat kepala.

Sekarang, dah ubat kutu. Dan yang terbaru, tanpa ubat kutu, Shampoo Santan juga dapat menyelesaikan masalah rambut anak anda. Rambut pun best ja, bau pun wangi.


Cara-caranya :-

Mula-mula bersihkan rambut dengan shampoo santan
Lepas bilas lumur sekali lagi shampoo santan
Kali ni perap dan biarkan lama sikit dalam cap rambut tu dalam 10minit.
Lepas bilas bersih-bersih. Sikat rambut dari pangkal dengan sikat kutu.Hasilnya kutu-kutu akan berguguran dengan mudah sekali.







UNTUK TEMPAHAN : 0192668244 (CIK SHIMA)

KOREA MAY 2017 : DAY 3 - SOKCHO BEACH



Dari Mount Sorak, kami naik bas yang sama untuk balik, Tapi tak terus ke guest house, masa dalam perjalanan, mata dah standby kat bus stop mana nak berhenti. So, nampak ja Sokco Beach, signboard kami pun tekan loceng turun. Aha tuh pun terlajak satu pit stop, tak pa jalan ja. Sebelum sampai sokco beach, ada onformation tourist counter dengan taxi, Ha, apa-apahal senang nanti, naik cab ja.

So, kami tanyalah kalau nak gi Abai Village, jauh tak jalan, dia bgtau dalam 500m. Hehehehe, so, dia suggest naik ja taxi. Okay, so nanti naik taxi ja. So, teruskan  dulu perjalanan ke pantai. 
Sampai pantai, cuaca agak panas, tak pa nak buat gana kan, terus jerlah jalan , alang-alang dah sampaikan. Actually, pantai dia ni besa-besa ja , taklah cantik sangat. Adalah port satu dua yang cantik untuk bergambar. So, kalau nak mai pantai ni, Cik Shima galakkan, datanglah petang-petang. 

Dekat sini juga ada satu aquarium, tapi masa kami sampai, aquarium ni dalam renovation. Tapi kalau dah siap, kena bayar lah. Gamaknya macam alal-ala under waterworld Langkawi lah kut no. So, bolehlah google .

Sokcho Beach





Berat nak angkat kaki, pasir
Sarang He
Mount Sorak

Sokcho Beach

KOREA MAY 2017 : DAY 3 : MOUNT SORAK

So, sambung balik cerita korea walaupun dan 3 bulan berlalu. Huhuhu , nak menulis pun kena ada mood jugak. Bukan Cik Shima nak menunjuk ka, sekurang-kurangnya, kat blog ni bolehlah dijadikan diari pelancongan Cik Shima. Tak pa lah, lambat pun lambat. Asalkan masih ada moment yang ingin Cik Shima titipkan,

17 MEI 2017 (RABU)

Hari ini hari ketiga, so target utama nak ke Mount Sorak. Disebabkan terlambat siap, so kami tak breakfast apa yang owner mr.egg sediakan. Tetiba rasa bersalah la pulak, Proses check out kami buat siap-siap. Memang budget takkan sempat sampai. Beg boleh tinggal kat guest house. So, nak kena naik bas bernombor 7-1, Kiranya stesen bas ni, sebelah ja terminal bus semalam. Senangkan. Pukul 9.00 kami berada di stesen bas. Tiket bas dah boleh guna T-money sebab Cik Shima google kat blog, tak boleh pakai TMoney. So, dah boleh pakai. Tambang 1,100 W

Kalau terlepas, kena tunggu 20 minit. Perjalanan dari Mount Sorak ni mengambil masa lebih kurang 40 minit. So, bolehlah usha apa yang patut sepanjang perjalanan. So, masa niCik Shima nampak lah sign board Sokcho Beach dan Abai Mouel . Dalam hati, on the way balik, dah boleh singgah ni. Memang dah ada dalam itenary.

Bus memang turun kat Mount Sorak. sampai-sampai dah nampak ramai dan juga dah ada yang turun pun. Niat di hati nak sampai awal pagi, tapi tulah kan. Kita hanya merancang.

Dalam bangunan ni, ada tempat tunggu cable car. Tandas pun ada.
Bayaran Masuk : 3, 500 w  dan Cable car   : 9000 w.

Actually, tak mau naik cable car , nak hiking pun boleh tetapi memandangkan banyak tenaga nak pakai, so, kami putuskan untuk  menaiki cable car. Tapi boleh tahan jugalah, cable car ni, lagi jauh dari Langkawi punya. Macam biasa, bila naik cable car, memang Cik Shima tak akan pandang bawah, pandang aras mata ja. Ya Allah, cantik pemandangan sekeliling, ni mai musim nak summer, kalau autumn mesti lagi cantik .

Pemandangan dari cable Car. Kalau Winter, cantik lagi ni



  
Sampai stesen Mount Sorak, bermaksud tak sampai lagi ke puncaknya. Hahahaha, kena naik anak tangga untuk ke puncak. Kena memanjat jugaklah citernya. Memang out of stamina,  kalau yang tak besa. Tapi yang Cik Shima salute, ahjuma ngan ahjusi kat korea ni, walaupun sudah simamah usia, tapi masih lagi panjat, fit pulak, siap bertongkat lagi..hihihihi...rileks ja, jauh beno dengan orang kita kat Malaysia ni.

Sepanjang jalan, ramah ja yang menegur .."Are u Indonesia? " "Are U Malaysia?" , sebab bertudung gamaknya. Tak payah nak introduce dah. Nampak na, ramai tourist dari dua negara ni. Demam KPOP kut.

banyak pemandangan seperti ni sepanjang jalan


Mula start memanjat. Tangga


Langkah demi langkah akhirnya, kami sampai juga ke puncak Mount Sorak. Apa yang menariknya di sini, tak tahu nak cakap. Yang pasti , pemandangan dan puncaknya yang berbatu memang menarik.






Agak susah nak amik gambar masa ni sebab ramai sangat orang. Tak pa yang penting snap ja, at least ada kenangan.

 


Dah puas, so kami pun decide untuk turun, sebab next target nak singgah Sokcho Beach dengan Abai Village. So, masa turun, baru sempat ambil gambar sekitarnya. Tak dinafikan , kalau datang masa musim bunga atau autum, memang cantik kawasan sekitarnya.




Tak sah kalau tak ambil gambar dengan beruang ni
 

Isi perut dulu sebelum meneruskan perjalanan

Kafe di sekitar Mount Sorak
Selamat tinggal Mount Sorak