Al-Fatihah

Teks:Sharimah Binti Yahya

Hujan turun awal di pagi hari menyejukkan muka bumi ini. Seolah-olah menangisi pemergian seorang lagi hamba Allah .

Pada pukul 5.10 pagi, kami menerima khabar duka dari kampung. Anak Pak Long Man telah dijemput Tuhan. Seorang pemuda yang baik dan berusia di awal 40-an. Benarlah ajal datang tanpa mengira usia. Hari ini kita hidup, entah esok, lusa tiba pula giliran kita. Setiap yang hidup pasti akan mati. Jenazah beliau disemadikan di Hutan Kampung. Semoga beliau ditempatkan bersama orang yang soleh.
Al-Fatihah.

You Might Also Like

0 comments