Rukun Kaya #2 : Kekal Bertenaga

Teks : Sharimah Binti Yahya



KEKAL BERTENAGA (MAINTAIN ENERGY) adalah penting dalam perniagaan. Adakala kita rasa bersemangat dan adakalanya kita rasa mudah mengalah (down). Kita akan rasa down apabila tiada langsung jualan ataupun jualan adalah seperti yang tidak seperti yang kita harapkan. Jadi, bagaimana kita hendak mengekalkan tenaga positif dan apa yang perlu dibuat apabila kita rasa down ?

# Apabila kita rasa down , sentiasa ingat ALLAH. Berzikir, berdoa, bersolat . Ingat ALLAH yang memberi kita rezeki. Sejauh mana kita berusaha, hanya DIA yang akan memberi kita rezeki.
# Carilah persekitaran yang positif.
# Bersahabat dengan kawan-kawan yang sentiasa positif supaya kita dapat menumpang energi mereka.
#Selalulah membaca kisah-kisa inspirasi orang-orang yang telah berjaya.

Jika kita hendak berjaya, kita perlu melalui semua jalan yang Allah lorong untuk kita. Lorong- lorong dan liku yang Allah berikan pada kita adalah untuk kita cekalkan hati bagi menghadapi segala cabaran dan rintangan yang akan datang. 

Tiada jalan mudah atau singkat untuk kita berjaya. Kalau ya sekalipun, kemungkinan untuk untuk pun cepat. Lihatlah contoh SKIM CEPAT KAYA. Ramai orang terpengaruh kerana ingin cepat menjadi jutawan tetapi akhirnya, siapa yang rugi. 

Jadi, ingatlah untuk berjaya TIADA JALAN MUDAH. Jadi kita perlu KEKAL BERTENAGA supaya kita dapat menempuh segala cabaran. Kita perlu kuat, sabar dan sentiasa prasangka baik kepada ALLAH.



You Might Also Like

0 comments