Pemilihan Nama Blog

Travel With Celebrity Lass ialah merupakan pertukaran tajuk blog saya yang keempat. Usia blog ini belum lagi setahun, tetapi sudah empat kali saya menukar tajuk blog. Ini adalah kerana saya ingin menjiwai blog saya. 

Jom kita tengok kronologi pertukaran nama blog ini.

BORONG TELEKUNG & MAKANAN SUNNAH

Mula-mula blog ini diberi nama Borong Telekung dan Makanan Sunnah. Blog ini wujud selepas saya menyertai kelas Pakej Drop Borong Telekung dan Makanan Sunnah di bawah Akademi Bekerja Di Rumah.
Sila rujuk pakej kelas blog secara online --> KELAS ASAS BLOG .

SHOPPING ONLINE, KELAS ONLINE & TRAVEL

Pertambahan produk selain makanan sunnah dan telekung menyebabkan saya berfikir untuk menukar nama blog. Produk yang diperkembangkan adalah kelas asas blog online, ebook, keropok dan juga garam bukit. Semua ebook yang dijual di dalam blog ini adalah keluaran dari penulis -penulis di kalangan Akademi Bekerja Di rumah. Antara penulis-penulisnya ialah Mas Ayu Ahmad dan juga Zaila Mohamad.

Selain itu, saya selitkan juga sedikit cerita tentang percutian. Bukan bertujuan untuk bermegah-megah tetapi saya juga ingin jadikan blog ini sebagai diari percutian saya. Mungkin tidak sehebat blog-blog travel yang lain, namun sekurang-kurangnya cukuplah untuk saya mengimbau kenangan pahit dan manis semasa bercuti.

PANDUAN DAN TIPS PERCUTIAN

Atas review Puan Monaliti Mansor dan setelah berfikir, saya tukarkan blog ini di dalam bahasa Melayu. Perkataan Shopping Online dan Kelas Online saya buangkan kerana pada saat ini , saya rasa hendak fokuskan kandungan boleh lebih kepada percutian.


TRAVEL WITH CELEBERITY LASS

Inilah nama blog sayang yang terkini. Dan saya harap, ianya akan kekal. 

TRAVEL - saya ingin kekalkan tema dan kandungan blog ini kepada aktiviti-aktiviti pelancongan ataupun tempat-tempat yang menarik untuk percutian. Tips dan panduan juga turut disertakan.

Jom klik sini untuk tips percutian anda --> TIPS PERCUTIAN

WITH CELEBERITY LASS - apabila saya melancong, saya akan bawa Celeberity Lass (CL) bersama saya. Nak tahu apa dia. Rujuklah entri saya sebelum ini  berkaitan CELEBERITY LASS.  Ia juga merupakan salah satu item yang telah dimasukkan dalam senarai checklist.

Nak tahu kenapa saya pilih Celeberity Lass dan Bukan Deodorant , tunggu entri seterusnya dari saya.


Bagi yang berminat untuk dapatkannya, boleh hubungi saya disini.




You Might Also Like

0 comments