Travel : Easy Wuduk bantu beristinjak, berwuduk ketika melancong




Easy Wuduk merupakan salah satu produk yang direkakhas untuk pelancong bergama Islam yang ingin melancong ke luar negara bagi mengatasi kesukaran untuk berwuduk dan beristinjak. Produk ini diperkenalkan oleh syarikat Anak Jamil Enterprise.


Mengambil wuduk mungkin tidak terlalu sukar untuk kaum lelaki kerana mereka boleh mengambilnya di mana sahaja tetapi bukan bagi wanita kerana aurat mereka terhad dan terpaksa mengambil wuduk di tempat bertutup.
Selain itu, kesukaran sewaktu membasuh kaki kerana tiada paip khas disediakan kecuali sinki di tandas .


Produk ini didatangkan dalam bentuk botol plastik sangat mudah dipegang dan berkapasiti 500 mililiter (ml), cukup untuk mengambil wuduk yang sempurna dan menyucikan.Pengguna hanya perlu menterbalikkan botol supaya air boleh keluar secara perlahan-lahan melalui straw untuk mengambil wuduk dan pengguna juga boleh mengawal arus airnya dengan hanya memicit botol tersebut.

Untuk beristinjak pula, Easy Wuduk diciptakan dengan straw panjang yang boleh dibengkokkan agar mudah pengguna menggunakannya untuk tujuan penyucian.

Harga sebotol ialah RM15.00. Untuk mendapatkannya boleh hubungi  014-9696312, 017-2192985 dan 012-2292907 atau layari Facebook: Traveller’s kit atau datang ke 5433, Jalan J9, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.



Komuter Utara : GURUN-> KAMUNTING

Sumber : http://railtravelstation.com/tag/komuter-utara/




Laluan Komuter Utara akan dilancarkan pada 11 September 2015. Laluannya adalah dari Gurun->Butterworth->Kamunting.




Kekerapan perjalanan adalah 6 kali sehari.





Travel : Belajar Bahasa Asing sambil Melancong


Melancong ke luar negara merupakan salah satu perkara yang menyeronokkan kerana dapat mengunjungi tempat-tempat yang menarik. Jika dapat menguasai bahasa tempatan ketika melancong ia merupakan satu kelebihan kepada pelancong. 

Kini terdapat  banyak aplikasi kamus mudah alih untuk telefon pintar . Salah satunya ialah aplikasi Smigin. Aplikasi ini merupakan aplikasi terjemahan  mudah yang direka khas untuk pelancong.

Kelebihan Aplikasi SMIGIN

* Hanya perlu memilih beberapa perkataan tertentu yang perlu dipillih untuk membentuk ayat dan seterusnya akan diterjemah ke bahasa yang dipilih.

* Terdapat audio suara yang boleh dimainkan menggunakan dialek tempatan berdasarkan ayat yang diterjemah tadi.

* Sebutan untuk sesuatu bahasa yang diterjemah turut dieja dalam bentuk yang ringkas dan mudah difahami.

* Perisian ini tidak perlu menggunakan sambungan Internet.

* Pemilihan perkataan boleh berdasarkan kategori tempat yang dituju seperti restoren, hotel, pusat membeli belah, teksi, dan tempat-tempat sejarah.

* Ayat yang sering digunakan juga boleh disimpan untuk rujukan.


Perisian ini boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store atau Play Store.