Info: Memilih Pusat Pelancongan

Foto : Carian Google

aplikasi pelancongan


Musim cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi. Di saat ini pasti ramai yang telah berkira - kira mencari destinasi yang menarik untuk bercuti samada luar negara atau dalam negara.Kini, satu aplikasi telah diperkenalkan oleh syarikat Malaysia Tourist Apps Sdn Bhd iaitu aplikasi Travel Malaysia Smart-i.





Selaras dengan slogan , Mata Anda ke Malaysia, aplikasi travel ini merupakan satu platform yang memudahkan pelancong untuk mendapatkan maklumat destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia. Semuanya hanya di hujung jari sahaja.



Aplikasi travel ini mengandungi maklumat pelancongan  agro ke eco,  pelancongan pantai atau air terjun, taman, homestay dan juga takwim festival tahunan. Selain itu disediakan juga kalendar dan currency converter.



Tidak rugi lokasi ini dimuat turun kerana ia boleh dijadikan teman untuk membantu kita merancang percutian yang lebih menarik. Ia amat sesuai untuk pelancong tempatan.

Ciri-Ciri aplikasi:

- bersaiz 11 Mb 
- perisian android 4.0.3 ke atas

 

Cara muat turun:

- Google Play Store (Android)
- App Store (ios (iphone))

You Might Also Like

0 comments