EMAS 916 VS 999


Carian Google



Ramai yang  masih tidak  faham perbezaan antara emas 999.9 dan emas 916. Kedua-duanya adalah emas. Perbezaan yang paling ketara ialah ketulenannya (dalam erti kata kandungan emas tersebut).
Emas 999 ialah emas yg tulennya 99.9% adalah emas manakala emas 916 ketulenannya 91.6% emas sahaja. 

Contoh emas 91.6 ialah  ialah barang kemas seperti  cincin, rantai, gelang dan subang. Kenapa 91.6% sahaja ketulenanannya. Adakah ini satu penipuan? Tidak sama sekali. Emas 916 tetap emas cuma yang menjadikannya 91.6 adalah apabila emas yg digunakan terpaksa dicampur dgn logam lain untuk jadikan ia lebih keras dalam proses untuk membentuk menjadi barang kemas.


Emas 999.9 maksudnya ialah emas yg ketulenannya ialah 99.99% dan hanya 0.1% bercampur logam lain juga dengan tujuan untuk dibentuk.Emas 999 selalunya berbentuk goldbar, dinar dan coin. Ianya ialah emas 99.9% tulen. Kenapa perlukan juga 0.1 % logam. Ini adalah sekadar untuk tujuan pembentukan emas  itu sendiri. 

Jadi yang mana lebih sesuai untuk dibeli?
Bergantung kepada tujuan, sekiranya untuk dijadikan simpanan. belilah emas 99.9 . Kalau nak pakai, belilah emas 916.Emas 999.9 lebih mahal jika dibandingkan dgn emas 916 kerana harga emas adalah bergantung kepad ketulenannya. 

Bagi bakal pasangan pulak, lebih baik jadikan dinar sebagai mas kahwin berbanding dengan duit. Ianya lebih bermakna.
                       

Sharimah
Trusted Agent
Powergold.biz



*******************************************************************************
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244 untuk maklumat lanjut

*******************************************************************************

You Might Also Like

0 comments