PADANG BESAR : NAIK ETS DAN KOMUTER

ETS dan KomuterYes..nampaknya kali ni berpeluang pi Padang Besar naik ETS dan balik dengan komuter. Sebenarnya tak adalah teruja sangat nak pi Padang Besar tuh pun, tapi disebabkan nak naik ETS, tuh yang teruja sangat tu(padahal dah pernah naik pun ETS ni dari KL Sentral ke KLIA..hahahaha).



 Ni pun amik kesempatan ke atas program Jelajah Sempadan 2016 yang dianjurkan oleh kelab kat ofis. Jika diikutkan harga ETS dan komuter dari Sungai Petani->Padang Besar->Sungai Petani adalah seperti berikut :-
  
ETS         :  23.00 (Dewasa) , 16.00 (Kanak-kanak) 
Komuter :    9.30 (Dewasa) , 4.70 ( Kanak-kanak)



Tetapi disebabkan kami pi dalam group, dapatlah sedikit potongan harga untuk tiket komuter. So, bagi sapa-sapa yang nak buat lawatan secara berkumpulan tuh, bolehlah call KTM tanya . tak susah sangat pun, buat permohonan secara bertulis dan tunggu ja jawapan. 

ETS
No. telefon kaunter Sungai Petani


ETS
Laluan Perkhidmatan Komuter Sektor Utara



 
Pembelian tiket ETS mahu tak mahu kena booking awal la kan, samada pergi ke kaunter ataupun boleh ja secara online.
Untuk jadual perjalanan , boleh rujuk kat--> Jadual Perjalanan
Untuk tempahan online tiket ETS , bolehlah rujuk ---> Tempahan ETS tiket online



Hari Perjalanan.



ETS
No. seat ETS
ETS
No. B di pintu  adalah nombor coach
Semua berkumpul di Setesen Keretapi Sungai Petani, jam 7.30 pagi. Kena awal sebab train ETS akan bertolak lebih kurang jam 7.57 pagi. So kena sharp, tak boleh lambat. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam lebih. Sampai di stesen Padang Besar, ada dua pilihan nak ke Kompleks Padang Besar samada jalan kaki atau naik teksi. Bagi yang tak ada masalah untuk berjalan, boleh ja... tak lah jauh sangat. Lebih kurang dalam 10-15 minit cam tuh. Kami semua jalan ja..memandangkan masih pagi dan juga cuaca pun elok.





Sampai -sampai kat kompleks, mujurlah dah ada kedai yang buka. Selalunya dalam pukul 10.00 pagi. So, apalagi aktiviti shopping pun bermulalah.Masing-masing berpecah dengan bebas. 

Aku macam biasa, bukanlah kaki shopping. Target dua ja..rempah tom yam dengan beras pulut (kebetulan dekat dengan raya haji). Nak cari beras pulut tak ada masalah, nak cari rempah tom yam tuh...rupa-rupanya ada dua jenis rempah tom yam. Member bagitau, cari yang ada udang besar , sekor. Hahaha macam dalam gambar kat bawah ni... mak aii...susah nak dapat, kebanyakkannya yang ada, x dak udang sekor...Tapi last sekali dapatlah gak...kiranya mission complete. Aku ni bukan pakar merasa..jadi member cakap, yang paling sedap..tuh yang nak cari gak... nanti balik bagi mem besar masak, taulahdia rasa. Harga paling habih tawar dapat dalam RM18.00... tapi ada kakak tuh dapat dalam RM17.00...uish rugi seringgit.












ETS
Kompleks Padang Besar

Janji pukul 2.00 kumpul kat stesen Padang Besar. Jadi sementara nak menanti waktu, sempatlah tengok pertunjukan ular sempena aktiviti dari jabatan wanita.. Lepas tuh terus gi makan kat gerai . Macam biasalah pilihan utama adalah tom yam.


ETS
Pertunjukan Ular


ETS
Kesesakan dalam komuter


Lepas makan, shopping sikit..then terus ke stesen untuk pulang. Pagi naik ETS, so balik naik komuter. Kalau ikutkan plan asal, nak balik kul 4.00 tapi setelah bincang balik, kami ubah jadual , balik awal. Naik komuter tak macam ETS...seat tak dak nombor..boleh pilih ja... nasib tak baik, kena berdiri...itulah yang berlaku pada sebahagian dari kami, ada yang duduk dan ada yang berdiri.


Alhamdulillah, sampai di SP dalam kul 4.00 petang.





ETS
Antara ahli rombongan Jelajah Padang Sempadan 2016


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.