KOREA MAY 2017 : DAY 1 - BUSAN ( KIMCHI GUEST HOUSE & DANOBI TRAIN)

Lega, dah selamat landing kat airport dalam 8.15 pagi.  

Dah sampai airport, kena ke kaunter imigresen lah kan. Masa ni, Cik Shima dah nampak toilet, tapi rasa malas pulak nak masuk, so, terus ke imigresen. Mak aii, ramai dan agak slow jugak lah. Huhuhu...memang mana-mana kaunter imigresen luar negara, memang slow yerk...kat Ausie hari tuh almost 2-3 jam juga lah baru setel.

Masa ni, Cik Shima dah tak sedap perut, so, kena gi toilet jugaklah. Toilet luar negara, tak semua sama macam Malaysia tau. So, kena standby botol kosong dan juga wet tisu, kalau nak mudah. Dah pesan pada member, kalau u all keluar dulu, tunggu kat depan. Bila dah ke toilet, lega sikit perut. Masa ni Cik Shima berdoa lah, moga-moga berterusan. Seksa oo.. Cik Shima keluar dari toilet Airport, tak settle lagi rupanya. Masih di line yang sama, so hadap jerlah.  Sejam lebih jugaklah.

Keluar dari airport, ha..dah terpinga jap. Ikut planinng, kami nak beli one day pass sebab nak round Busan. One day pass ni, hanya untuk subway ja. Lebih jimat kalau bayar guna Tmoney. Tanya kat kaunter airport, dia suruh ke next station. Masa ni, Cik Shima tak teringat, actually kalau tak ada kat airport , kena gi Busan Station jer. Tetiba jadi blur. Plan kami pulak nak terus ke Kimchi Guest House, untuk drop bag. Kami dah inform diaorang nak check in awal, tapi tak boleh, kena check in kul 3 pm juga, tapi kalau nak drop bag tak ada masalah. Mahu tak mahu kami top up juga Tmoney siap-siap, 10000w, lagipun nanti nak pakai dekat seoul juga. Nak top up, masa awal blurr la juga, tapi jangan risau, ramai orang Korea akan tolong tunjuk. Diaorang memang friendly. Nak top up, kena duit ngam-ngam tak ada return ya.

So, kami terus ke subway dari airport, dekat ja..nanti nampak signboard. Kimchi Guest House kena turun di station Beomnaegol. So, kena interchange di Sasang dan juga Samyeon . Actually, tak perlu hafal sangat. Yang penting tahu station mana nak naik dan naik turun. Install Korea subway app kat fon, dah boleh study. Dekat subway pun ada map, so, dah boleh tengok kat situ.

Subway App Korea






Cara2 nak ke Kimchi Guest House.
Coming from Gimhae Airport by Subway
1. Take Busan Metro Line #BGL(Busan-Gimhae Light Rail Transit) to ‘Sasang Station’(3 subway stops).
2. Get off at ‘Sasang Station’ and TRANSFER to Busan Metro Line #2 towards ‘Seomyeon Station’
(8 subway stops).

3. Get off at ‘Seomyeon Station’ and TRANSFER to Busan Metro Line #1 towards ‘Beomnaegol Station’(1 subway stop).
4. Come out from Exit #8(There is an elevator).
5. Walk straight 20 meters out to the exit and turn right at the first alley.
6. Walk straight 40 meters and turn left.(You will see a big sign on the top of the guesthouse)
7. Walk straight 20 meters and turn right.(You will see a small circle sign at the corner)
8. Walk straight 20 meters and You will see the ‘KIMCHEE’ sign on your right side.


So, dah sampai sini, kami buat urusan pendaftaran dulu. Lepas tu rehat kat kafe. Nak susun balik barang , nak bawa beg kosong ja. So, apalagi makan dulu lah kan. Aku makan roti ja, sebab perut tak berapa sihat lagi kan. Makan-makan, rehat. Lama jugalah. Lepas tuh elok ja, kami nak bergerak, reception bagitau, bilik dah ready. Yes..dah boleh bawa naik barang, tukar baju. Hotel ni ada lift.


Masuk bilik ja, apalagi berposinglah kan, sebelum bilik berubah wajah. Wifi ada, kalau ikutkan ada tertulis kat form ka apa ntah ,nak guna wifi, kena bayar. Tapi bila belek2 terpampang password wifi kat area reception. Hihi, try lah guna. Memang dapat pun. So, settle, tak ada masalah.








Toilet dia luas




Bila dah naik bilik, mandi dan solat dulu lah kan. Tengok-tengok jam, wah cepatnya masa berlalu. So, check balik Itenary, memang tak leh cover semua. So, kami pilih ja, satu tempat dulu, ke Danubi Train.


Danubi Train  

Nak ke danobi Train, kami kena bas di Busan Station (Exit 7). Dah nampak bus stop. Kena tunggu bus 101 atau 88. Malangnya kami tersalah bus stop. Nasib baik, ada korean guy yang bagitau. Rupa-rupanya seberang jalan, satu line dengan China Town. Huhuhu. So, kami kena melintas jalan.


Dapat naik bas, satu masalah, peta yang dalam semua bahasa korea  Tapi dalam arah laluan yang ada pada zue, bagitau last stop. Okay. Perjalanan mengambil masa dalam 30-45 minit jugaklah. Rupa-rupanya dalam bas, ada  bgtau bus stop mana2. Mana2 tempat yang jadi tumpuan pelancong, keluarlah bahasa Inggeris. Okay, settle.  Alhamdulillah, akhirnya sampai juga. Actually, Danubi Train, Taejongdae Resort Park dan Yeong Do lightHouse ni satu tempat. Nak ke Yeong Do Light House tuh, kena naik Danubi Train. Tapi Light House masa kami sampai, tutup..huhhuhu..tak apalah redha ja.

So, kami naik danubi train. Harga tiket dewasa 3000w. So, turun di Observatory Deck. wah memang tenang. Best tengok pemandangan laut.


























BUSAN STATION

Balik ke Busan Station, dah hampir nak gelap. Cantik pulak dataran Busan ni, Sebelah stesen bus, dah nampak China Town, so kami berjalan nak ke sana, tetiba kami rasa scary pulak, bau arak muncul...huhu, rasa nak mual, akhirnya tak jadi, kami patah balik. Terus lintas ke Busan Station. Kat dataran busan tuh, nampak cantik pulak, so sempatlah berposing sebelum balik ke Kimchi Guest House.















Masa Cik Shima tulis, gambar banyak dalam kamera member, tak terima lagi dari dia.


Previous
Next Post »
0 Komentar