KOREA MAY 2017 : DAY 2 : BUSAN -> SEOUL ->SOKCHO

Hari ni, ikut plan nak bertolak ke Sokcho, awal pagi. Nak amik bas dari Nopo-dong subway station. Cuma terlupa nak snap masa tengah cari jadual bas ke sokcho. Cari balik tak jumpa. Ada 8 perjalanan  ja dari Busan. Setelah review balik, jadi kami decide nak amik bas dari Seoul, sebab dari Seoul bas ke Sokcho sentiasa ada bas. So, moral of story, make sure plan betul- betul.  Silapnya, semalam tak pergi terus amik tiket. Huhuhuhu...balik google kat Malysia , terus jumpa...Sadiss..

Nih waktu perjalanan kalau nak naik bus dari Busan ya (lepas balik Malaysia, baru jumpa)

 Go to Pusan Central bus terminal at Nopo-dong subway station.
06:58 08:40 09:34 10:03 10:54 11:20 12:05 13:02 14:02 21:10


Kebetulan kami ada voucher discount KTX - 30% untuk one way perjalanan.  Dapat dalam 41500 w. Darab sendirilah no duit Malaysia. Perjalanan KTX mengambil masa dalam 2 jam, dan bas Seoul ke Sokcho lebih kurang dalam 2 jam setengah atau 3 jam. So, lagi cepat dari Busan ke Sokcho, lebih kurang 6@7 jam.

Lagi sekali kami ke Busan Station, kena keluar atau lalu bawah tanah untuk ke KTX Busan Station. So, kami dapat tiket dalam pukul 12.15 tengahari. Sementara menanti train, sempatlah bergambar. 
Alhamdulillah, masuk hari kedua, perut dah tak meragam. Semalam dah try banana uyu, so berlaku lah proses pembuangan yang sempurna. Hihihi. 

Busan KTX

Harga
Actually, kami pun tak tahu dapat harga yang mana, bila kira-kira balik , tak dapat pun harga seperti yang di paparkan. Tak palah, at least boleh naik KTX.  Wifi, ada dalam KTX ni. Memang tak boringlah kan. KTX ni macam ERL lah. Laju. Tapi dok dalam tuh, tak rasa sangat.







so, tak adalah citer train to Busan ya, yang ada train to Seoul . Hehehehe. So, dalam KTX layan jer wifi. Rasa mengantuk , tidur, Sedar-sedar dah  sampai ke Seoul.  Sampai di Seoul, kami nak kena naik subway ke stesen Dong Seoul Bus Terminal.  Wah,  Seoul subway...boleh tahan. Memang tak leh guna lift, nak guna kena call diaorang. Actually, lift di Korea untuk Citizen dan family yang bawa anak kecil ja, tapi sepupu atul bagitau, kalau bawa beg troli, boleh nak naik lift. Diaorg tak pandang sangat...Tapi kat Seoul subway, memang tak leh guna. Interchange pun jauh. Escalator pun tak friendly sangat. Huhuhuhu..bertabah. Mahu tak mahu memang kena hadap jerlah.

Nak ke  Dong Seoul Bus Terminal, kalau guna subway kena turun di Gangbyeon Station (exit 4). Pas tu nanti akan nampak bangunan di depan, so, kena lintas jalan. Stesen bas ke sokcho berada dalam bangunan tuh. So, terus  beli tiket. Harga tiket 17300 w. Masa ni, lagi 15 minit bas nak bertolak. Nak solat, memang tak sempat masa tuh, so, kena solat atas bas. Dalam 15 minit tuh, terus ke toilet, amik air sembahyang siap-siap. Naik bas terus solat. Makan pun ala kadar ja, berbekalkan roti, air mineral dan biskut. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang dua jam setengah@3 jam. Sempatlah terlelap dalam bas.





Di Sokcho, kami stay di Mr. Egg House. Masa kami sampai, masih lagi cerah.  Hotel yang kami nak duduk ni , memang tak jauh dari seten terminal. Turun ja dari terminal, terus ke kiri, nanti akan jumpa traffict light, lintas traffic light. Guest house ni , betul-betul di simpang traffic light. Perlu diiingatkan, reception diaorg bukan 24 hour, so, kalau kita sampai lewat, kena inform awal-awal. So, sampai-sampai tak ada orang, yang ada kunci ngan nombor bilik. So, kami pun amik dan terus naik bilik. Sadisnya, tingkat 3. Dan Guest house ni tiada lift..huhuhu, kena menapaklah jawabnya. hari ni memang  hari menapak sedunia. Mood nak amik gambar pun dah kurang. Faktor pencahayaan dalam bilik dan juga faktor keletihan. 

Kali ni kami dapat katil double decker. Hihi, dah lama tak tidur guna double decker. Last masa study lah kan.

Penat angkat beg



Tengah berehat, ada orang ketuk bilik. Rupa-rupanya staff guest house..tak tahulah staff ke owner ka ..lupa nak tanya nama. Dia bagi briefing sikit. Esok, katanya dia akan buat light bfast. Pas tuh, dia bgtau password wifi. Kalau tak dapat, kena kuar duduk di ruang tamu. Malangnya, memang tak dapat wifi pun. Em..redho jerlah. Nak kuar ke depan, dah rasa malas.

Ingat pelan nak kuar jalan ke pantai Sokcho, sebab masa lintas tadi, nampak pantai lebih kurang 500m ja. Tapi Aishah dah kena serang migrain, jadi kami amik keputusan, berehat jerlah. Lagipun masing-masing mengharungi perjalanan yang agak panjang hari ni. Rehat dan sambung esok perjalanan kami.





Previous
Next Post »
0 Komentar