KOREA MAY 2017 : DAY 3 - SOKCHO BEACH



Dari Mount Sorak, kami naik bas yang sama untuk balik, Tapi tak terus ke guest house, masa dalam perjalanan, mata dah standby kat bus stop mana nak berhenti. So, nampak ja Sokco Beach, signboard kami pun tekan loceng turun. Aha tuh pun terlajak satu pit stop, tak pa jalan ja. Sebelum sampai sokco beach, ada information tourist counter dengan stesen taxi, Ha, apa-apahal senang nanti, naik teksi ja.

So, kami tanyalah kalau nak gi Abai Village, jauh tak jalan, dia bgtau dalam 500m. Hehehehe, so, dia suggest naik ja taxi. Okay, so nanti naik taxi ja. Jadi, kami teruskan  perjalanan menuju  ke pantai. 
Sampai pantai, cuaca agak panas, tak pa nak buat gana kan, terus jerlah jalan , alang-alang dah sampai. Actually, pantai dia ni besa-besa ja , taklah cantik sangat. Adalah port satu dua yang cantik untuk bergambar. So, kalau nak mai pantai ni, Cik Shima galakkan, datanglah petang-petang. 

Dekat sini juga ada satu aquarium, tapi masa kami sampai, aquarium ni dalam renovation. Tapi kalau dah siap, kena bayar lah. Gamaknya macam ala-ala under waterworld Langkawi lah kut no.

Sokcho Beach





Berat nak angkat kaki, pasir
Sarang He
Mount Sorak

Sokcho Beach

You Might Also Like

0 comments