SABAH -DAY 3 : KUNDASANG - RANAU : DESA DIARY FARM, FISH SPA, PORING HOT SPRING & SABAH TEA

04 Februari 2018 (Ahad)

DESA DAIRY FARM.


Dah settle urusan check out di Kundasang Inn, kami terus ke Desa Dairy Farm. Dah ala-ala New Zealand dah kat sini. Cuma , masa kami sampai, pemandangan gunung Kinabalu, agak berawan sikit. Memang best sini. Apa aktiviti yang boleh dibuat di sini, makan asikrim@yogurt, bagi lembu makan Kena bayar tak silap RM3 seorang. Tapi Cik Shima tak bagi makan sebab badan tak berapa sihat.

















MAKAN DURIAN PULOK


Dah puas berada di Diary Farm, kami bergerak pula ke Ranau. Sepanjang perjalanan, banyak sungguh buah durian. Dek dah tak tahan, at last kami berhenti juga di sebuah pondok durian tepi jalan, Murah gila durian kat sini. Makan untuk 4 orang , baru RM35.00 . Sekilo lebih kurang dalam RM8.00. Menurut pak cik yang jual, katanya kalau nak makan durian ranau, datang dalam bulan Mac. Kadang-kadang boleh dapat RM2 atau RM3/ sekilo. Murah Gila.







Cik Shima tengok jerlah. Ikutkan hati nak telan juga, tapi tak berani. Kalau dah start makan bukan seulas, tapi berulas-ulas jadinya.


FISH SPA/  FISH MASSAGE  DI TAGAL KAMPUNG LUANTI, RANAU

Cik Shima cadang jika datang ke Ranau. masukkan dalam itenary.  Best sambil massage kaki, sambil menikmati alam sekeliling. Time kami sampai, orang tak ramai lagi. So, dah bayar , akan diberi no. giliran. Jadi tunggu ja diaorang panggil. Setiap grup akan diberi masa hanya 15 minit sahaja.  Kalau nak tambah, kena bayar lagi sekali. Bayaran untuk masuk adalah seperti berikut :

Dewasa : RM5.00 (warganegara)
Kanak -kanak : RM2.00
Makanan : RM1.00


Masa mula-mula nak serasi dengan ikan-ikan ni, memang geli sedikit. Tapi lama-lama dah okay. Kena slow. Ada sejenis ikan ni, dia memang suka gigit. Dia gigit kaki kita yang dia rasa ada daki. Hihihi, masa awal rasa sakit tapi lama-lama dah boleh tahan. Suka pulak. Kami tunggu juga nombor kami dipanggil. Bila masuk dalam tuh, apabila nombor kita dipanggil, maksudnya masa kita tamat. Jadi kena keluar. Tapi sampai ke sudah, nombor kami tidak dipanggil. Last-last kami keluar sendiri.











PORING HOT SPRING RANAU

Seterusnya kami ke poring hot spring, masa ni mood Cik Shima dah ke laut. USB cable untuk fon rosak. Terkeluar kepala. Adus , satu hal pulak nak kena mencari. Tak semena-mena nak kena menyusahkan kawan.  Nasib baik fon, masih ada lagi bateri. So, sampai sini Cik Shima dah tak ada mood nak ambil gambar dan nak bergambar. 

Gambar kolam pun tak amik, ha amik. Boleh ja google rupa poring hotspring ni. Bagi Cik Shima, sapa2 yang pernah pergi Kolam Air Panas di Baling, best lagi sanalah. Jadi, kalau tak masukkan dalam itenary pun okay. Terpulanglah, ada setengah  dah datang, katanya  alang-alang sampai, pergi jerlah  kan. Boleh cari info tambahan untuk tempat ni kat Mr. Google.

Masa kami sampai, orang tak lah ramai. Ada ja kolam kosong tapi Cik Shima tak masuk dalam kolam . Yang lain just rendam kaki ja. Baju memang kami tak bawa untuk salin. Malas dah nak tukar bagai.

Tiket : Dewasa : RM3 (warganegara)/ Kanak-Kanak : RM1.00 (Warganegara)







SABAH TEA


Masa awal tak plan nak pi sini pun. Tak ramai yang datang. Salah satu sebab, jalan dia tak berapa okay. Jalan nak ke sini tak lah sempit seperti Cameron Highlands, cuma masalahnya, berbatu-batu. Itu sahaja, Kalau sayang kereta, jawab dia memang tak naik lah.  Cantik pemandangan di sini. Kami tak minum pun, just amik gambar sahaja. Kalau nak minum  ada restoren kat sini. Kalau ada masa, bolehlah lepak-lepak santai.















Tak habis lagi tau entry Sabah ni. Tengah kumpul mood nak sambung..sabar ya.


*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Shampoo Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran Agent/ Dropship Shampoo Santan & Nurul Gold dibuka.
**********************************************************

You Might Also Like

2 comments

  1. dalam byk list tu..dairy darm dan sabah tea x jejak lagi...durian!!! murah nyaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best diary tu..aha..murah gila JM tambah2 bulan MAC..boleh riki2 orang sana...

      Padam