Selain itu, kesukaran sewaktu membasuh kaki kerana tiada paip khas disediakan kecuali sinki di tandas .


Produk ini didatangkan dalam bentuk botol plastik sangat mudah dipegang dan berkapasiti 500 mililiter (ml), cukup untuk mengambil wuduk yang sempurna dan menyucikan.Pengguna hanya perlu menterbalikkan botol supaya air boleh keluar secara perlahan-lahan melalui straw untuk mengambil wuduk dan pengguna juga boleh mengawal arus airnya dengan hanya memicit botol tersebut.

Untuk beristinjak pula, Easy Wuduk diciptakan dengan straw panjang yang boleh dibengkokkan agar mudah pengguna menggunakannya untuk tujuan penyucian.

Harga sebotol ialah RM15.00. Untuk mendapatkannya boleh hubungi  014-9696312, 017-2192985 dan 012-2292907 atau layari Facebook: Traveller’s kit atau datang ke 5433, Jalan J9, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.