Taman Belia, Pulau Pinang


Taman Belia atau Taman Perbandaran merupakan salah satu lokasi yang saya suka. Sesuai untuk budak-budak mandi dan juga riadah untuk famili. Fasiliti seperti tandas, bilik persalinan dan surau juga disediakan. Bayaran masuk, percuma sahaja.

Cuma kalau hari cuti biasa, kemungkinan akan crowded sikitlah. Kolam untuk budak-budak tak banyak, jadi kena datang awal pagi untuk dapatkan tempat. Bagi elakkan kesesakan, saya bawa anak-anak saudara pada hari orang bekerja (kena amik cuti tahunan lah kan).

Jiha (anak saudara). Seronok dia berenang.

Kolam kanak-kanak - Kolam 1


Jiha dan abahnya serta kawan baru


Najwa (kakak Jiha) bersama kawan baru. Jumpa kat kolam renang.

Kolam kedua

Suka tangga ni. Boleh naik tapi hati-hati takut licin

Antara kemudahan yang terdapat di taman ini , surau, bilik persalinan dan tandas. Tengoklah gambar-gambar ni, cantik dan bersih.



Tempat wuduk

Tandas di sini. 


Selain kolam renang, disediakan juga taman permainan untuk kanak-kanak. Dah sejuk dalam air, bolehlah pi taman permainan.

Jangan tertipu dengan latar belakang gambar ya. Hanya lukisan sahaja. 


Kera pun ada. Kena hati-hati dengan spesis ni. Jaga makanan dan beg tangan anda. 




Sempat snap view ni sebelum balik

Kolam khas untuk dewasa. 




*******************************************************************************
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan Celebrity Lass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244  untuk maklumat lanjut

*******************************************************************************




You Might Also Like

0 comments