Melbourne : Persediaan ke Melbourne


Australia



Dah lama nak tulis pasai bumi Kanggora ni, tapi tak tertulih-tulih. Idea tak muncul-muncul ni. Jadi dokBIAR JA,

Destinasi pilihan kali ni ialah Melbourne. Kenapa Melbourne? Sebab tiket air asia masa promosi ialah RM777.00  untuk pergi balik. Harga pakej (tidak termasuk makan) - RM2048.00 untuk 6 hari 5 malam.  Tarikh kami bertolak pada 27 September 2015 hingga 03 Oktober 2015. Antara perkara yang perlu diambil perhatian semasa persediaan untuk ke Melbourne ialah;

Passport

Sudah tentu perlukan pastikan passport  tidak tamat tempoh. Dan kenalah semak tarikh passport kan. So, kebetulan passport pun dah mati, so nak kena renew. Nak dijadikan cerita, passport tak tahu pi mana, hilang. Jadi pergilah imigresen , kata nak renew tapi passport hilang. Pegawai imigresen pun bagilah borang dan dia cakap, ada sedikit  rekod la nanti, rekod jadi tak cantik . Tak pa , Cik Shima kata Cik Shima redha. Then, bila bgtau kata passport tak tamat lagi, rupa-rupanya banyak prosedur yang nak kena buat.

Passport kalau hilang tetapi tarikh belum tamat :
- Isi borang
- Dapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah.
- Submit ke Jabatan Imigresen.
- Akan dipanggil untuk di 'interview'
- Proses siap passport - 7 hingga 9 hari bekerja.

Ahh, sudah, kata dalam hati ja, nak kena siap cepat, sebab nak buat permohonan visa. Last sekali, cakap kat pegawai imigresen kata, tak pa encik, saya balik try cari dulu. Dia pun advise, suruh cari.Balik dari imigresen, apalagi habih la punggah almari gara-gara passport. Yess,alhamdulillah, lega akhirnya jumpa juga buku merah tuh.  So, jagalah passport anda baik-baik ya dan pastikan jangan last minit anda cari passport anda. Naya ooo.


VISA

Kalau passport tak ada masalah, boleh apply visa. Boleh apply dengan mana-mana ejen pelancongan. Tapi sepanjang survey dijalankan, kami dapat harga murah dengan Intan Azlynna. Boleh memohon secara online di http://easyeta.com/  ataupun email keeta.australia@yahoo.com (Intan Azlynna) .  Dah dapat visa,  sila print Visa anda dan bawa sekali masa nak check-in (untuk nak lebih selamat)


MAKANAN

Negara Australia memang strict sikit. Jadi sebelum pergi tuh, rajin- rajinlah buat kajian dulu. Tak semua barang yang tidak dibenarkan bawa masuk dan ada antara barang yang boleh di bawa masuk tetapi perlu diisytiharkan ('declare') terlebih dahulu.

Makanan Yang Tidak dibenarkan 

- Serunding daging
- Bahan Makanan Yang Ada Telur
- Hasil Tenusu
- Makanan / Minuman yang mempunyai coklat
- Buah-buahan
- Rempah Ratus

Makanan Yang Dibenarkan tetapi Perlu Declare

- Maggi/ bubur nasi
- Sardin/ tuna dalam tin
- Beras/ bihun/ spageti
- Nescafe yang tidak mempunyai susu
- Ubat-ubatan ( perlu ada surat dari doktor).

Untuk memudahkan semasa kastam, eloklah buat satu list barang-barang yang perlu declare. Dalam list tersebut, masukkan nama dan juga ingredients nya sekali. Senang nanti tak perlu susah nak menjawab, semua sudah ada dalam tu.

asutralia, melbourne, borang declaration


Ini antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian sebelum berangkat. Tunggu episode seterusnya untuk gambar-gambar dan citer2 menarik tentang Melbourne.



*******************************************************************************
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244  untuk maklumat lanjut
*******************************************************************************


Lihat Juga :

Melbourne - Hari Pertama


You Might Also Like

0 comments