Australia : Philips Island

Sementara nak begerak ke Philips Island, kami shopping dulu di Queen Victoria market. Sambil-sambil menunggu Atul di sini. Lihat topik sebelum ini Victoria Market. Lebih kurang pukul 12.00 tenghari (waktu tempatan), Atul pun sampai, maka bermulah perjalanan kami ke Philips Island. Makanan untuk hari ni, kami tak perlu risau, ditaja oleh Atul. (Tq friend).


Perjalanan ke Philips Island juga  mengambil masa yang lama. Lebih kurang dua tau tiga jam jugak lah. Tapi sepanjang perjalanan ada beberapa tempat yang menarik untuk disinggah.

Jom kita check in @ Philips Island.

Maru Koala & Animal Park

Ini adalah destinasi pertama yang kami singgah . Apalagi , masing-masing terujalah kan, boleh tengok dan pegang Kanggaroo. Kalau yang geli dengan binatang yang berbulu ni, memang x leh nak buat apalah kan. Kami sempat solat dan berkelah sekali di sini. Ruang solat juga ada disediakan. Tapi kena bergilir-gilirlah antara lelaki dan perempuan sebab satu sahaja. 




Lunch Time

Albino kanggaroo ni..sian dia


Maru koala, tak leh nak amik gambar . Dia pandai pi lindung di sebalik pokok, kesudahannya gambar pokok yang dapat..hehehe. Koala merupakan binatang yang paling malas dan kuat makan. Makan, tidur, makan, tidur..Itulah kerja dia.


Pannys' Chocolate Factory

Kat kilang ni, kita boleh lihat bagaimana coklat dihasilkan. Dan kita juga boleh cuba untuk membuat chocolate sendiri. Permainan juga disediakan. Hadiahnya adalah coklat. Aku dapatlah satu. Tak cuba semua, sekadar tinjau dan amik gambar. Dari satu stesen-stesen, ramai yang menunggu. Jadi aku pun bukan kaki menunggu, jadi just enjoy keadaan sekeliling. Kalau rajin, bolehlah study jenis-jenis coklat dalam kilang ni. Bagi peminat coklat, memang tak rugilah.


Kasut yang diperbuat dari coklat






Dinding berlatarbelakang coklat

dan seterusnya kami terus ke Philip Island untuk melihat penguin pulang dari laut ke rumahnya. Sukar nak gambar kan dengan kata -kata melihat indahnya ciptaan Tuhan. Bagaimana penguin boleh berjalan dari pantai dan mencari rumahnya. Bergerak juga secara berkumpulan mengikut keluarga masing-masing. Cuma sayangnya tak boleh nak amik gambar pada waktu ini kerana penguin sensitif pada cahaya lampu kamera.









You Might Also Like

0 comments