Chalet Bayu Naka : Family Gathering

Tarikh : 16-17 Mac 2016

Lokasi kali ini untuk family gathering adalah di Chalet Bayu Naka, Pokok Sena , Kedah. Boleh ikut laluan nak ke Nami atau ke Kuala Nerang (jika melalui dari Sungai Petani). Chalet ini terletak di Kampung Kubang Julok. Semua urusan tempahan di buat oleh my sister. Kalau berhajat nak mai stay di chalet ini kena tempah awal, sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh tempahan.

Bagi yang nak ke sana, kalau guna waze atau papago , kalau cari chalet Bayu Naka tak jumpa, boleh cari Resort Seri Julok. Ikut saja arah resort tuh, sebab jalannya sama. Akan jumpa Chalet Bayu Naka, baru jumpa Resort Seri Julok.

Chalet ni menyediakan tiga jenis bilik iaitu ;
a) RM95.00/malam - bilik berhawa dingin, 1 katil queen dan 1 katil single
b) RM80.00/malam - bilik berhawa dingin, 1 katil queen
c) RM50.00/malam - kipas, katil (lupa nak tanya, maybe queen).

Kami tempah kategori a dan b. Kebetulan masa pi, Kedah kan panas.  

RM50

RM50 (malam)

RM80 malam



Bagi yang malas nak masak, boleh minta pihak chalet sediakan. Dah nama family gathering, jadi kami memang masaklah, malam nak BBQ.  Kat chalet ni, ada dua ruang untuk masak dan juga BBQ.


Ruang Masak & BBQ

Ruang Masak & BBQ

Terdapat juga kolam kanak-kanak untuk mandi -manda. Kolam ni dibuka dari pukul 7.00 pagi - 7.00 malam ja. Waktu malam tidak dibenarkan atas faktor-faktor keselamatan. Jom kita tengok kanak-kanak riang mandi manda.


waktu mandi



Antara aktiviti lain telah disediakan oleh pihak chalet



Berhenti rehat, amik gambaq



 Untuk tempahan boleh ke facebook Aba Muslimah .



*******************************************************************************
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244 untuk maklumat lanjut
*******************************************************************************
 

You Might Also Like

0 comments