Travel : JANGAN BUANG AIRPORT BOARDING PASS ANDA BEGITU SAHAJA.






Artikel ini saya telah dapat dari whatsapp group dan juga ada sudah dimuatkan dalam facebook. Ianya berkaitan dengan boarding pass. Samada anda percaya tau tidak, ianya bergantung kepada diri anda sendiri.



Sesetengah orang gemar mengambil gambar boarding pass dan menyiarkannya di media sosial. Ada yang membuangnya ke dalam tong sampah atau meninggalkannya di atas tempat duduk penumpang.
Boarding pass hanya sekeping kad yang mengandungi maklumat nama penumpang kapal terbang, nombor penerbangan, destinasi, nombor tempat duduk dan nombor pintu berlepas. Selepas mendarat kebanyakan orang hanya membuangnya begitu sahaja.

Tetapi tahukah anda bahawa boarding pass perlu dijaga dengan baik sebelum, semasa dan selepas penerbangan?
Kenapa? Ini sebabnya.

Menurut pakar forensik bernama Winston Krone, boarding pass mempunyai kod bar (bar code) yang mengandungi maklumat peribadi penumpang seperti nama, alamat rumah, alamat email dan nombor telefon. Oleh itu, jika kod bar ini diperolehi oleh orang lain, dengan mudah untuk hacker memperolehi maklumat peribadi dan kewangan anda.

Anda mungkin masih tertanya-tanya bagaimana maklumat peribadi anda boleh dilihat pada boarding pass. Begini caranya. Apabila kod bar pada boarding pass diletakkan pada ‘bar code reader’, kesemua maklumat yang terkandung dalam kod bar itu akan dapat dilihat. Maklumat peribadi yang penting ini boleh digunakan oleh hacker atau pencuri.

Oleh itu, pastikan anda menyimpan boarding pass anda dengan selamat sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Selepas itu anda boleh melupuskannya dengan cara mengoyak sehingga hancur atau membakarnya supaya maklumat peribadi anda pada kod bar tersebut tidak boleh dilihat oleh orang lain.

Selain itu, elakkan mengambil gambar boarding pass anda dan menyiarkannya di media sosial. Menerusi teknologi yang terkini pada hari ini, hanya beberapa klik di hujung jari sahaja kesemua maklumat peribadi anda boleh diperolehi.


Tidak salah untuk beringat sebelum terkena. Jika hendak muat turun juga dalam media sosial, pastikan bahagian bar code, di crop terlebih dahulu.



*******************************************************************************
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244 untuk maklumat lanjut
*******************************************************************************

You Might Also Like

2 comments

  1. Terima kasih ingatan, baru tahu bar code fungsinya apa pada boarding pass

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haryani Mohd..saya pun..yang mana baik, kita sharing ..

      Padam