CARA-CARA MENGENAL PASTI EMAS 916

Sumber Gambar : Google
Apabila memberi barang kemas, kita pasti akan tengok tulisan 916 pada barang kemas tersebut. Tapi tahukah anda bahawa Cop 916 tidak semesti nya emas 916 .

Senario seperti di bawah pernah  berlaku .
  
Kak Siti antara peminat emas. Dia ke kedai emas yang berhampiran untuk membeli rantai tangan emas . Sampai dirumah, kak siti pun memakai dengan penuh bergaya. Selepas setahun,
Kak Siti perasan warna emas pada rantai tangan semakin pudar. Kak Siti rasa tidak sedap hati lantas beliau membawa barang  kemas beliau ke kedai tersebut. Malang buat Kak Siti, kedai tersebut telah menutup operasi nya. 

Berdasarkan senario Kak Siti terdapat dua kemungkinan barang  kemas Kak Siti semakin pudar.

Kemungkinan Pertama 

Kak Siti kerap pakai sehingga emas tersebut hilang kilauan nya. Jika kemungkinan ini, rantai tangan tersebut sudah mula kotor dan berdaki. Kak siti boleh sahaja merendamkan barang kemas dengan air suam bersama beberapa titis sunlight untuk memcuci semula kotoran. Kemudian lap dengan kain lembut atau Kak Siti boleh ke kedai emas yang lain untuk cuci, polish dan sadur semula..


Kemungkinan Kedua.

Barang kemas Kak Siti palsu. Uji barang kemas dengan magnet barang kemas. Jika melekat ada kemungkinan emas palsu. Jika tidak melekat, Kak Siti boleh tengok cop pada rantai tangan.Jika 916 GL - 916 GP - 916 GZ - 916 GK, confirm bukan emas tulen walaupun barang kemas tersebut tidak melekat pada magnet.
Kod yang dipapar diatas adalah merujuk seperti di bawah :
916 GL - GOLD LAYER
916 GP - GOLD PLATED
916 GZ -  GOLD ZHULIAN
916 GK - GOLD KOREA...*
Semua ada cop 916, tetapi dah jelas kod-kod tersebut utk barang kemas bukan tulen.

Utuk hasil ujian kepastian pergi ke cawangan arrhanu yg berdekatan yang pasti lebih memuaskan hati.


Sumber : Power Gold.

 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.